Kaedah Penterjemahan Kata Sendi Bahasa Cina-bahasa Melayu
详细信息    查看全文
文摘
Kertas kerja ini membincangkan kaedah penterjemahan kata sendi bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu. Kata sendi bahasa Cina ialah kata yang hadir sebelum kata nama atau kata ganti nama lalu terbentuknya frasa sendi. Tiga buah teks terjemahan kesusasteraan, iaitu Mala Adan (1988), Keluarga (1995) dan Impian di Pelabuhan (2004) digunakan sebagai sumber data. Semua ayat yang mengandungi kata sendi dikenal pasti terlebih dahulu dan kemudian diteliti kaedah penterjemahannya. Untuk tujuan analisis, definisi, fungsi dan senarai kata sendi yang dikemukakan oleh Guwei et al. (2003) serta prosedur penterjemahan yang digagaskan oleh Newmark (1988) dimanfaatkan. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat tiga kaedah penterjemahan yang digunakan untuk menterjemahkan kata sendi bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu. Kaedah penterjemahan ini termasuklah padanan sejadi, padanan makna, dan pengguguran. Kesan dari aspek pemindahan makna dan fungsi kata sendi melalui setiap kaedah penterjemahan ini turut dicerakin.

© 2004-2018 中国地质图书馆版权所有 京ICP备05064691号 京公网安备11010802017129号

地址:北京市海淀区学院路29号 邮编:100083

电话:办公室:(+86 10)66554848;文献借阅、咨询服务、科技查新:66554700