Cabaran Dan Reaksi Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Pentadbiran Dan Pendidikan di Malaysia, 1957-1966
详细信息    查看全文
文摘
Kertas kerja ini akan membincangkan tentang perkembangan bahasa kebangsaan selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sehingga tahun 1966. Perbincangan akan difokuskan terhadap usaha kerajaan dalam melaksanakan penggunaan bahasa kebangsaan khususnya dalam bidang pentadbiran dan pendidikan. Selain itu, perbincangan turut mengupas masalah yang dihadapi dalam melaksanakan penggunaan bahasa kebangsaan. Hal ini kerana sesuatu yang lazim bagi sesebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum akan berhadapan dengan masalah untuk mencapai perpaduan disebabkan perbezaan latar budaya, bahasa, kepercayaan dan lain-lain yang begitu ketara. Oleh itu, menyedari kepentingan perpaduan dalam memastikan pembangunan negara maka bahasa Melayu difikirkan salah satu medium yang akan dapat mencapai perpaduan tersebut. Namun begitu, sudah tentu terdapat cabaran dan reaksi yang terpaksa dihadapi dan ditangani dalam usaha untuk melaksanakan pengembangan bahasa kebangsaan daripada pihak-pihak yang kurang berpuas hati khususnya orang bukan Melayu. Tempoh masa sepuluh tahun yang dipilih pula merupakan suatu tempoh yang menarik untuk dibincangkan kerana Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan 1957 telah menetapkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Persekutuan. Tetapi dalam perlembagaan itu juga telah disebut bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bersama-sama boleh digunakan dalam tempoh sepuluh tahun tersebut. Ini bermakna, bahasa kebangsaan bukan sahaja akan disaingi hebat oleh bahasa Inggeris tetapi juga perjuangan dan usaha untuk memastikan supaya bahasa kebangsaan terus berkembang maju akan berhadapan dengan pelbagai rintangan. Namun, setelah pelbagai usaha giat dilaksanakan kerajaan akhirnya ia berhasil apabila penggunaan bahasa kebangsaan bukan sahaja mula meluas digunakan dalam bidang pentadbiran kerajaan tetapi juga dilihat telah mampu menjadi medium untuk menyebarkan ilmu pengetahuan sehingga ke hari ini.

© 2004-2018 中国地质图书馆版权所有 京ICP备05064691号 京公网安备11010802017129号

地址:北京市海淀区学院路29号 邮编:100083

电话:办公室:(+86 10)66554848;文献借阅、咨询服务、科技查新:66554700