Analisis Kesalahan Pengunaan Bahasa Papan Tanda Perniagaan
详细信息    查看全文
文摘
Perkembangan ekonomi yang positif mendorong kepada kemunculan pelbagai jenis perniagaan. Bagi tujuan mempromosikan perniagaan, papan-papan tanda diletakkan di hadapan premis perniagaan supaya masyarakat dapat mengetahui produk yang diniagakan. Ini selari dengan dasar bahasa kebangsaan yang menyatakan fungsi bahasa kebangsaan ialah sebagai alat komunikasi dalam bentuk iklan, nama dan pengumuman sama ada dalam bentuk media elektronik mahupun media cetak. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi melihat kesalahan bahasa yang terdapat pada papan-papan tanda perniagaan di Pekan, Jitra, Kedah yang meliputi tujuh kategori perniagaan yang terdapat di pekan ini, iaitu kedai-kedai seperti kedai jahit, kedai makan (restoran), kedai runcit, kedai menjual besi dan elektrik, kedai ubat dan kedai pakaian. Kajian ini dijalankan secara kepustakaan dan tinjauan iaitu dengan mendapatkan maklumat-maklumat dan data mengenai kesalahan bahasa ini berdasarkan kajian-kajian lepas dan disesuaikan dengan kajian yang dijalankan di Pekan Jitra itu sendiri. Data yang diperoleh ialah jadual kesalahan bahasa pada papan tanda perniagaan yang telah dikaji. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti jenis kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda perniagaan, kesalahan bahasa yang paling tinggi dan kategori perniagaan yang mempunyai kesalahan bahasa tertinggi pada papan tanda perniagaannya. Antara aspek yang dilihat ialah kesalahan dari segi ejaan, kesalahan frasa dan kesalahan morfologi. Kesalahan bahasa pada papan tanda perniagaan di Pekan Jitra masih lagi berada pada tahap yang tinggi berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan berpunca daripada beberapa faktor, antaranya kelemahan dalam penguasaan bahasa Melayu, sambil lewa dan tidak meletakkan kepentingan untuk memartabatkan bahasa Melayu.

© 2004-2018 中国地质图书馆版权所有 京ICP备05064691号 京公网安备11010802017129号

地址:北京市海淀区学院路29号 邮编:100083

电话:办公室:(+86 10)66554848;文献借阅、咨询服务、科技查新:66554700