Daya Kreativiti Kanak-kanak: Satu Kajian Kes
详细信息    查看全文
文摘
Pemerolehan bahasa berlaku pada manusia sejak lahir yang mana memiliki keupayaan untuk berbahasa dengan adanya alat pemerolehan bahasa semula jadi. Kajian “Daya Kreativiti Kanak-kanak” adalah bertujuan untuk mengenal pasti instrumen atau bahan yang bersesuaian untuk membina dan merangsang kreativiti kanak-kanak dan untuk menganalisis tahap kefahaman kanak-kanak melalui instrumen yang diuji. Dalam menguji kefahaman subjek kajian, Teori Kod Kognitif yang telah diperkenalkan oleh Chomsky dan Teori Pertumbuhan Kognisi oleh Piaget telah digunakan. Sebanyak lima orang subjek kajian yang terpilih, iaitu terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sembilan tahun di kawasan perumahan Seri Serdang, Selangor. Instrumen seperti buku cerita, lagu rakyat dan permainan digunakan dalam kajian ini. Instrumen lagu dan permainan yang menghasilkan penceritaan menunjukkan kanak-kanak pada tahap concrete operational yang mana kanak-kanak berkebolehan berfikir secara kritis dan kreatif dalam teori pertumbuhan kognisi oleh Jean Piaget. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah lapangan dan temu bual. Kajian ini memberi ruang kepada para guru untuk menggalakkan murid-murid berfikir di samping meningkatkan penguasaan kosa kata yang sedia ada, malah pada masa yang sama ini akan meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak.

© 2004-2018 中国地质图书馆版权所有 京ICP备05064691号 京公网安备11010802017129号

地址:北京市海淀区学院路29号 邮编:100083

电话:办公室:(+86 10)66554848;文献借阅、咨询服务、科技查新:66554700