Persamaan Dan Perbezaan Sebutan Dan Makna Dalam Pelbagai Dialek Bahasa Kadazandusun
详细信息    查看全文
文摘
Kadazandusun merupakan penduduk paling ramai di Sabah. Mereka mempunyai pelbagai subetnik. Antaranya ialah keluarga Dusunik seperti Bisaya, Bonggi, Bundu, Dumpas, Dusun, Garo, Gonsomon, Kadazan, Kimaragang, Lintaga, Liwan, Lotud, Minokok, Nulu, Panansawa, Rumanau, Rungus, Sinarupa, Sindapak, Sokid, Sonsogon, Tagahas, Tanggara, Tatana, Tidong, Tingaras, Tindal, Tobilong, Tolinting dan Tuhawon (Dayu Sansalu, 2008:432). Ada juga sub-etnik rumpun Dusun dalam keluarga Paitanik seperti Abai Sungai, Bagahak, Kawananan, Kelobuon, Lingkabau, Lobou, Makiang, Melapi, Paitan, Pingas, Sungai, Sukang, Talantang, Sondayo dan Tombonuo (Dayu Sansalu, 2008). Selain mereka ada juga sub-etnik keluarga Murutik seperti Alumbis, Baukan, Gana, Kalabakan, Kwijau, Kolod, Lundayeh, Lun Bawang, Nabai, Okolor, Paluan, Selungai, Serudung, Sembangkung, Sumambu, Tagal dan Timogon (Dayu Sansalu, 2008). Mereka ini dianggap sebagai rumpun Kadazandusun dan mempunyai dialek bahasa masing-masing. Dalam rumpun bangsa Kadazandusun terdapat lebih kurang 10 bahasa dan 27 dialek (Wilfred Madius Tangau, 1989). Mungkin juga lebih dari itu. Hal ini menunjukkan rumpun Kadazandusun mempunyai pelbagai dialek bahasa yang unik. Adalah dipercayai dialek-dialek bahasa tersebut pada awalnya adalah sama, kerana mereka dipercayai datang dari rumpun dan keturunan yang sama. Persoalanya kenapa berlaku perbezaan antara dialek-dialek tersebut? Apakah masih wujud persamaan yang ketara antara dialek-dialek berkenaan? Kertas kerja ini cuba mendapatkan jawapan terhadap persoalan tersebut.

© 2004-2018 中国地质图书馆版权所有 京ICP备05064691号 京公网安备11010802017129号

地址:北京市海淀区学院路29号 邮编:100083

电话:办公室:(+86 10)66554848;文献借阅、咨询服务、科技查新:66554700