Kontrak Sosial Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan: Tinjauan Terhadap Perspektif Pelajar
详细信息    查看全文
文摘
Generasi pascamerdeka rata-rata belum begitu memahami kontrak sosial yang merupakan permuaafakatan yang dibuat secara bersama antara orang Melayu dengan bukan Melayu sebelum kemerdekaan. Permuafakatan ini adalah bagi menjamin keharmonian dan perpaduan kaum yang melibatkan lima elemen utama yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perkara tersebut ialah Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak keistimewaan Melayu dan bumiputera, kedudukan institusi raja dan kewarganegaraan mengikut prinsip jus soli. Walaupun kontrak sosial ini telah diajarkan di sekolah melalui subjek Sejarah, Pengajian Am dan kursus Hubungan Etnik di universiti, namun kebanyakan pelajar belajar hanya untuk mendapatkan gred yang baik, selepas selesai kursus semuanya ‘lupa’. Oleh itu tidak hairanlah mutakhir ini mereka begitu kritis dan semakin berani memperkatakannya secara terbuka melalui media massa. Persoalan yang timbul ialah adakah kerana kejahilan mereka terhadap fakta sejarah, kejahilan mengenai kandungan Perlembagaan atau pengaruh globalisasi yang mengglobalkan faham liberalisme dan faham kesaksamaan? Bertitik tolak daripada persoalan ini kertas kerja ini akan meninjau persepsi pelajar terhadap kelima-lima elemen kontrak sosial dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) lisan yang dipilih sebagai salah satu topik berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan. Dapatan mendapati bahawa kebanyakan mereka bersetuju dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan/rasmi yang menjadi alat perpaduan antara kaum. Oleh itu, strategi pengajaran berpusatkan pelajar mengikut teori konstruktivisme digunakan untuk mendorong pelajar menggunakan minda secara aktif, kritis, kreatif dan inovatif. Dalam hal ini guru berperanan sebagai perancang aktiviti, dan pemudah cara. Kaedah soal selidik dan temu bual digunakan dalam kajian ini dan pelajar di sebuah universiti awam dijadikan sampel kajian.
NGLC 2004-2010.National Geological Library of China All Rights Reserved.
Add:29 Xueyuan Rd,Haidian District,Beijing,PRC. Mail Add: 8324 mailbox 100083
For exchange or info please contact us via email.